Pages

Sunday, March 17, 2013

Singgang Ikan cara Siam

Singgang Ikan masak cara Siam nie memang menjadi lauk kegemaranku. yang paling best ketika aku masak ketika aku pulang kekg dulu, singgang ikan nie juga pula menjadi kegemaran ibu dan bapaku. yang paling paling aku tak sangka, mak aku pula mengajar kat mak saudaraku pulak. kisahnya pada suatu hari tu ketika mak masak singgang Ikan Mambung untuk lauk makan tengahari mak saudaraku datang bertandang kerumah. bau keharuman lengkuas menjadi tarikan kepada mak saudaraku. apa lagi mak pun membekalkan gulai ikan senggang kepada mak saudaraku bersama dengan resepi sekali. siap cerita aku yang ajar gulai tu. ketawa aku bila mak cerita didalam talian taliphone.
sebenarnya gulai singgang nie bagus untuk kesihatan. semua bahan main terjun je kat dalam periuk. tak perlu nak tumis. bagus juga untuk berdiet. gulai singgang nie kalau disimpan semalaman juga lagi sedap. tapi mesti simpan didalam peti sejukler. kuah singgang lebih sedap. 

Bahan
4 keping Ikan Tenggiri. cuci dengan asam limau dan toskan.
*10 biji cili padi. ikut suka pedas.  separuh diketuk dan separuh biarkan
*3 inci lengkuas hiris nipis
*4 ulas bawang putih hiris nipis
*2 biji bawang besar hiris nipis/guna bawang kecil lagi sedap tapi kat hungary nie tak ponah jumpa.
2 keping asam keping
beberapa biji bandi
sedikit gula melaka siam kalau tak ada tak apa.
garam dan serbuk perasa
air untuk kuah

Cara
Didihkan air
masukkan bahan yang bertanda *
bila air sudah betul mendidih masukkan pula gula melaka siam, asam keping, garam dan serbuk perasa
akhir sekali masukkan ikan. biarkan api dapur perlahan
masukkan sayur bendi.
perasakan apa yang perlu ditambah. kalau nak pedas cuma pecahkan baki cili padi tadi
biarkan seketika dengan api dapur yang perlahan. ini menjadikan gulai sebati dengan semua bahan.


                                          Kuah Singgang sekadar menutupi bahan sahaja


Singgang yang pekat dan pedas


3 comments:

  1. Assalamualaikum Dermakasih, meneliti bahan masakan ini menyerupai singgang masakan orang Terengganu. Cuma mereka tambah kunyit hidup dihiris nipis. Semua main cempak tebor aje kata orang kg. Yang pastinya sungguh enak makan dengan nasi panas dan hirup kuahnya. Terima kasih kerana berkongsi.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..pertama kali buat ikan singgang masukkan gula melaka,Best!! tq atas perkongsian resepi.

    - www.inspirasihuda.blogspot.com

    ReplyDelete