Pages

Sunday, March 17, 2013

Kengsom atau Asam Pedas Siam

Ken som...
pelik namanya kan tapi bila makan baru tahu sedappp, akupun mula makan ketika aku melawat kenalan di Patani Siam, masa tu aku pun pertama kali makan. Ken som nie sebenarnya boleh dikatakan Asam Pedas orang siam. Ikan, Udang biasa mereka gunakan didalam masakan ini dan ditambah dengan sayur kangkong atau nenas. tapi ada juga yang letak timun. tapi aku lebih suka letak sayur kangkong atau nenas.
Ken som nie kalau letak cili padi banyak dan terasa pedasnya lagi sedap. hendaknya kalau letak gula manisan siam ataupun gula melaka...rasa bila makan tu tak pandang orang sebelah dah. bak kata orang mak mertua lalu belakang tak tegur dah. mana nak tegur lalu kat belakang mana nak nampak kan! cuba lalu kat depan emmm sure ajak sekali makan tuuuuuuuuu. apa kata jom kita, tapi sayang masa masak Ken som Nenas ari tu tak sempat nak snap photo sebab dah nak cepat makan. lapor bebenor, Nenas pun guna yang ada dalam tin tu..hahahha. bila masak Ken som ikan campur sayur kangkong pun udah nak abis baru ingat snap photo.

Bahan
ikan yg ada diHungary nie cuma ada ikan Tenggiri..anak ikan tenggiri rasanya,
cili padi ikut pedas, saya guna 10 biji campur hijau dan merah
*6 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar. sebenarnya guna bawang kecil lagi sedap. tapi kat sini bwg besar je ada.
*1 inci belacan bakar
*1 inci lengkuas
2 batang serai ketuk
sedikit gula siam atau gula melaka
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
air untuk kuah / kuah jangan cair tak sedap
1 ikat sayur kangkung  dipotong atau nenas.

Caranya
semua bahan yang bertanda *saya tumbuk separuh hancur. tapi kalau malas blander je.
sementara itu didihkan air. bilamana air sudah mendidih masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama dengan air asam jawa. biarkan bahan tersebut mendidih.
kemudian masukkan serai ,gula siam dan garam.
biarkan semua bahan sebati dan mendidih.
masukkan ikan.
perlahankan api dapur biar semua bahan dan rasa masam pedas dan manis meresap kedalam ikan
akhir sekali masukkan sayur kangkung atau pun nenas.
rasakan kesedapan yang diperlukan
biarkan seketika dengan api yang perlahan.


inilah hasilnya.
                                         Ken som ikan bersama sayur kangkong.
                                         Pedas gila nie.

1 comments: