Pages

Monday, March 18, 2013

Keledek Goreng Garing

         Semua orang suka makan Keledek Goreng kan. tapi kadangkala bila kita goreng seringkali tepung tidak segaring yang kita idamkan seperti kita beli diwarung ditepi jalan tu. haaa saya baru dapat resepi macamana nak buat tepung yang kita goreng dengan Keledek menjadi garing walaupun sudah sejuk. sebenarnya resepi nie adalah bancuhan tepung untuk kuih kasturi tapi bila difikirkan rasanya apa salah kalau saya mencuba mengoreng Keledek. saya juga pernah menggoreng kentang macam Potato Wadges yang dijual di KFC tu. yessssssss mmg terhasil yang bagus.
apa lagi...Jommmmmmmm!!!

Bahan
1 biji Keledek dibuang kulit dan dipotong ikut suka. rendam dalam air .
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar butter
1 sudu besar gula
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit air/jangan pekat dan jgn terlalu cair bancuhannya

Caranya
Tepung gandum dicampurkan dengan gula dan garam. gaul rata
masukkan butter dan gaulkan seperti menjadi serbuk roti
letakkan air dan serbuk kunyit.
gaulkan semua bahan supaya tidak berketul.
bolehlah dimasukkan keledek dan digoreng sehingga garing.




Hasilnya...

0 comments:

Post a Comment