Pages

Thursday, February 07, 2013

Kerabu Sotong

Kerabu Sotong.
sudah lama rasanya aku tak makan Kerabu Sotong. kalau dulu kerabu sotong nie menjadi lauk kegemaran ku, lagi sedap kalau kerabu sotong nie terasa pedas dan masam. lagipun nak buat kerabu sotong nie aku kira tak sampai setengah jam. bahan untuk membuat kerabu sotong juga senang dan mudah. tapi hasilnya emmm sedap, tak sedar nasi dipinggan bertambah.
jadinya jom kita mulakan...

Kerabu Sotong
Bahan
1/2 kilo sotong
1 biji bawang besar  / hiris kiub
8 biji cili padi  / hiris halus @ nak pedas tambah lagi
3 biji buah tomato / hiris kiub
2 batang serai / hiris halus
2 pokok ketumbar / hiris kasar
1/2 cawan atau kurang Jus limau nipis
sedikit garam 
sedikit gula 
sedikit serbuk perasa kalau suka 

Cara
Setelah Sotong dibersihkan, potong dan rebuskan sotong sekejap, 
Cara merebus sotong, cuma letakkan sedikit air kedalam periuk 
ini adalah air sotong akan keluar ketika kita merebus nanti.
ketika merebus sotong letakkan sedikit garam dan gula supaya sotong nanti ada rasa.
ambil bekas yang besar dan letakkan semua bahan yang telah dihiris tadi.
masukkan sotong yang telah direbus.
masukkan Jus limau, garam, gula dan serbuk perasa
gaulkan semua bahan sebati
rasakan kesedapan. 
ada rasa masam dan pedas 
yang pasti SEDAP!!!  





3 comments:

  1. sedap ni..daun ketumbar tu boleh diganti dengan daun sup kan..saya kurang gemar bau daun ketumbar... :D

    ReplyDelete
  2. Amin...kalau gantikan daun sup kurang sedap..cuba amir letakkan sikit dahulu daun ketumbar..kalau suka baru letakkan lebih daun itu..kasi pedas sikit..mesti cuba tau!

    ReplyDelete
  3. Klu xletak daun ketumbar xpe ke?

    ReplyDelete