Pages

Thursday, January 31, 2013

Buah Melaka

Kuih Buah Melaka antara kuih orang melayu yang paling aku suka.
aku sendiri pun tak tahu kenapa dan mengapa. yang pasti memang aku suka.
lebih lagi kalau ada manisan yang sedap.
opp! mungkin ada yang tak tahu apa itu manisan..manisan atau pun biasa kita kata gula melaka.
gula melaka dipanggil manisan adalah dari kalangan orang pantai timur.
aku pun kenal apa itu manisan adalah dari kenalan dari pantai timur. bila kali pertama dia belikan manisan dari Pattani Siam aku terus jatuh cinta dengan manisan itu. kadang kala aku makan terus tanpa aku jadikan kuih. memang sedap. bila dapat Buah Melaka yang gulanya cair dimulut, emmm memang aku suka.
apa lagi, mari kita mulakan,,,

Kuih Buah Melaka

Bahan yang diperlukan
1 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum atau tepung beras
1/2 cawan atau lebih air daun pandan atau pewarna hijau/ terpulang jenis tepung anda
secubit garam sebagai perasa pada tepung.
beberapa keping gula melaka dipotong mengikut saiz kuih anda.
air panas yang secukupnya untuk merebus kuih
kelapa parut yang bewarna putih dan dicampurkan dengan sedikit garam.

Cara
Tepung Pulut, Tepung Gandum dan garam  dicampurkan dan digaulkan sebati
akhir sekali masukkan air daun pandan, gaul serata dan lembut
pastikan adunan tidak terlalu lembut atau keras, boleh dicubit tidak pecah
ambil sedikit doh dan bulatkan dan letakkan gula melaka
pastikan gula melaka ditutupi tepung tadi.
sementara itu didihkan air
masukkan adunan yang telah siap kedalam air yang telah mendidih
bila adunan telah timbul bermakna kuih anda telah pun masak dan bolehlah diangkat dengan menggunakan tapis,

sementara itu sediakan kelapa parut yang telah digaulkan dengan sedikit garam
setelah diangkat dan ditapikan air, Gaulkan kuih Buah Melaka dengan kepala parut tadi

                                          Buah Melaka @ guna kelapa kering dalam tin
bolehlah dimakan...
emm pastinya enak dimakan ketika panas.


0 comments:

Post a Comment